Terdapat dua kaedah pengiraan ZAKAT PERNIAGAAN:
1. Kaedah Modal Berkembang (Growth Model/Urfiyyah)
Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.
Harta yang dikenakan zakat = Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan
2. Kaedah Modal Kerja (Working Capital/Syar'iyyah)
Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.
Harta yang dikenakan zakat = Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan
Kedua-dua kaedah di atas sama sebenarnya hanya berbeza dari segi pendekatan, jika diambil persamaan akaun maka
Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan
Contoh Pelarasan ditolak dari Aset Semasa:
Aset Bahan Mentah
Aset Kerja Dalam Proses
Pelbagai Penghutang, Deposit dan Prabayar
Cagaran Deposit Tetap (untuk kemudahan kewangan )
Simpanan Amanah
Dana kebajikan
Stok usang
Cukai boleh tuntut
Penghutang ragu
Contoh Pelarasan ditambah dari Liabiliti Semasa:
Pinjaman / Overdraf bank / Pemiutang sewabeli
Cukai Tertunggak (tolak cukai semasa)
Deposit pelbagai dan Prabayar diterima
Dividen / Honorarium dicadangkan
Pulangan atas yuran/simpanan wajib (koperasi)
Contoh Pelarasan ditolak dari Perolehan:
Pendapatan faedah (riba')
Lain-lain pendapatan tak suci
Formula pengiraan zakat perniagaan = Harta Semasa Bersih selepas pelarasan (Harta yang dikenakan zakat) x Peratus Pemilikan Muslim x 2.5%
** Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT
***Untuk lebih pencerahan, sila membuat pertanyaan di Majlis Agama dikawasan masing-masing..
No comments:
Post a Comment